Wednesday, March 23, 2011

Tak Qualified.



Mummy selalu kata, "susah nak cari lelaki yang betul-betul baik". Baik dari segi menjaga kita, menjaga makan minum kita, menjaga segala semua tentang kita. Mummy sangat beruntung dapat Daddy. Sampai ke hari ini, Daddy sayang Mummy kuat-kuat. Pergi mana-mana, mesti bersama.

*menangis*

Itu cerita zaman lain. Sekarang cerita zaman sekarang. Lelaki zaman sekarang. Tak mention kan semua lelaki okay. Ada yang ok, ada yang less okay. Kita cakap macam ni, dia cakap macam ni, dia letak macam tu, kita tak suka, kita ubah buat gaya kita. Ok. Buat macam tak ada apa berlaku. Rasa tak sesuai? Tak tahu nak cakap apa. Bukan tak sesuai atas sebab saiz atau bentuk, warna rambut atau tona kulit, tu semua kononnya nak jadikan sepasang kekasih macam Gwyneth Parltrow dengan Chris Martin. Rambut dua-dua orang ni putih, untung lahkan.

Mereka kata, kau akan tahu bila kau tahu suatu hari nanti. Aku rasa aku tak akan tahu.

Masa zaman pra sekolah, aku angan-angan memang kuat. Kuat bukan nak jadi seperti badang atau Olive si bini Popeye tu, eh Olive tu kuat ke? Berangan nak jadi Snow White sebenarnya. Nyanyi-nyanyi macam Snow White tepi perigi, konon-konon ada burung-burung kelicap berterbangan. Sangat kuat tau imaginasi. Tapi, bila dah besar ni, bila Taylor Swift dah keluarkan lagu-lagu ala-ala fairytale dia tu, aku tak percaya. Aku tak ada perasaan, tapi aku nak ada perasaan tu. Gembira bila tengok kawan-kawan yang dah pegang fairytale tu. Sana sini, gembira je berdua.

Bodoh ke aku ni? Gadis bodoh? Perempuan bodoh? Dah besar berbulu pun nak fairytale apanya lagi. Cerita-cerita mat salleh yang menipu kata lelaki akan berubah daripada jahat ke baik dan jatuh cinta dekat perempuan yang baik, sopan, naif. Tu semua bullshit! Nak tiru macam cerita buat apa. Sebab tu aku kata, bullshit. Mana nak ada? Mana nak cari? Kalau ada pun, tak ramai. Mat salleh pandai lah buat cerita supaya orang suka. If he's the one for you, then it should be.

Snow White pernah berkata semasa aku kecil, "One day, my prince will come." Dia memberitahu dengan yakin dan tulusnya. Aku tunggu, sampai hari ni, mana? Mana? Susah nak cari pasangan hidup dan mereka yang betul-betul sesuai. 100% yang sangat bagus, macam malaikat samanya. Sukar. Kalau benar, dunia ni akan berhenti berputar.

Nak tunggu, macam cerita-cerita yang dah mainkan otak kita, kata epal merah sangat beracun. Macam tulah, sangat dramatik dan sinematrik jadinya. Aku bodoh nak percaya, tapi tak apa. Kononnya kita, eh silap, aku nak jadikan kita sepasang kekasih yang gembira tak terhingganya dalam Twitter, Facebook, Blogspot, errr Myspace?

Mari makan pork corn. Ayuh!
Thank You ♥