Thursday, December 1, 2011

Movie Review - Ombak Rindu


1 Disember 2011 ni dah ditayangkan movie Ombak Rindu yg telah diadaptasi daripada sebuah novel Ombak Rindu yg ditulis Fauziah Ashari .




Ombak Rindu, Izzah adalah watak yg dilakonkan oleh Maya Karin iaitu seorang gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya . So, ayah saudaranya Taha telah menggantikan ibu dan ayahnya memelihara Izzah . Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka .


At the same time, Taha banyak berhutang dan disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada tauke kelab malam . Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta . Then , disitulah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz iaitu watak bagi Aaron Aziz . Hariz sanggup membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu .


Atas permintaan Izzah , akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah , tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan . kehadiran Mila Amylia iaitu lakonan Lisa Surihani, anak kepada Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagian Izzah dan Hariz . 



hehehe so ending dia, mesti tengok movie tu dulu baru tahulah !




Selamat menonton kawan! *jangan bazir airmata sangat, nanti keluar panggung muka macam panda :P
Thank You ♥