Tuesday, February 22, 2011


taktik SALAH pancing pompuan!

** niat entry hanya untuk memberitahu apa yang salah. aku marah sebab tu aku tak nak korang buat pompuan marah dengan korang **

cis bedebah! (ala-ala zaman kesultanan melayu melaka). Seronot seronot aku tidur malam tadi korang pi kacau aku ehh?? Geram aku. geram. pastu korang call-call lagi. ewah ewah tak cukup lagi ke nak kacau orang nak tido? pastuh aku terus terbangun je tak dapat tido. pastu perut aku lapar. haaa! sapa salah? kan siang ni gastrik dah datang? >.<


menci. sebab itu la aku nak share kat semuaaaa pasal taktik yang SALAH ni. bukan je melepas, boleh buat orang meluat tau dak?



antara taktik yang salah:

1. call berkali-kali tapi tak try nak hantar mesej perkenalkan diri - meyakin kan aku untuk angkat fon.
bagi aku, kalau korang tak berani nak kenalkan diri, itu maksudnya korang saje nak main main ngan aku .. lagi satu, aku rasa korang tak berani sebab korang memang takde niat pun nak cakap pasal yang urgent. sebab tu la.. just call, kalau aku angkat korang nak ajak aku berbual bual mesra eh? erk. takde masa ok. baik
aku pi tido.

2. pegi pas numb fon aku kat orang lain. - membuatkan hilang kepercayaan pada kamu.
pastu orang lain tu pulak pegi call-call aku macam ape yang ko buat. eh korang ni memang satu geng satu kepala la kan. hebat la friendship camtu. perangai pun sebijik. suka kacau orang tengah malam. mesej tidak penting seperti "awak buat ape tu?" juga sama.
- sorry, aku tak banyak kredit. lagi satu.. kalau setakat kawan cukuplah kat fb kot. rasa annoying pulak nak bermesej satu hari satu malam dengan korang terutama jantina yang berbeza. kite bukan ada apaapa pun kan? So, kalau aku lambat reply ke ape ke.. faham-faham lah, aku tgh bz nak makan, nak mandi nak belajar, nak layan drama korea, nak pegi potong rumput (tipu je). faham faham la, aku ni bukan budak SPM lagi.. tak berminat dah nak layan semua orang dalam handphone..dah la keypad hp aku keras, bukan touchscreen ,penat menaip. so maafkan aku kerana aku takleh nak type SMS banyak banyak. cukuplah ber SMS dengan laki aku je. ;)

3. sesuai kan taktik dengan umur ok?
aku 22 tahun. eh salah lagi! 21 tahun. So, jangan lah praktikkan cara macam budak sekolah kacau perempuan ok? kalau tak tau jugak.. ok, orang kalau dah umur 20-an ni, diorang tak men paksa paksa macam korang mintak layan and kalau tak kena layan marah marah mcmtu tau. macamni. relax, alaaaa macam aku ajar dalam entry INI.. orang yang berumur 20-an berminat pada lelaki yang cool, sophisticated, bertolak ansur dan sabar. haaa!

aku bukan nya nak sombong dengan kawan, tapi yelah, jangan sampai kawan rasa korang ni kawan yang annoying. boleh memang la boleh nak mesej tanya kabar.. rasanya tak perlu kot nak merajuk/marah kalau kite tak reply cepat cepat. dan tak perlu kot nak bermesej one whole day.?

p/s: plus , aku dah ada prince dalam hati. sebab tu aku tak da niat nak layan yang lain. huhu.

maafkan aku jika berkasar =') PEACE!!
hadiahkan saya se-click! K.Y.R.A

Thank You ♥